Wednesday, December 2, 2009

ziarah alam

salam idul adha buat semua..Cuti sekolah, yeah dah seminggu cti sekolah bermula..Macam-macam rancangan yang disusun, terutama bagi yang dah berkeluarga.. alhamdulillah sempat ana dan family ziarah makluk ciptaan Allah yang lain..ehm dah lama, xwat ziarah ni,rupe2nya masih banyak lagi yang tak dikenali dan besar memanjang dah sumenya..Jom kita kenali same2..tapi melalui gambar je la ye..ikut pg muzium lebah dan zoo melaka..





















Thursday, November 19, 2009

Terima Kasih abah & umi



Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNYA masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar ini serta selawat keatas nabi yang amat mulia.
Saat ke saat,jam ke jam dan hari ke hari ,sedar tak sedar sudah menginjak umur ini. Terima kasih umi dan abah yang amat disayangi, kerana kalian diri ini membesar dengan baiknya,Insya'Allah. Terima kasih kerana didikanmu, mengajar erti kehidupan yang amat membahagiakan.Disaat diri ini tidak sihat,kalian bangun menenangkan hati yang gundah ini,memberi kasih sayang yang tak terhingga banyaknya,membelanjakan wang tanpa perhitungan hanya untuk anak kebahagiaan anak. oh, besar sungguh jasamu umi dan abah..kini anakmu telah besar,sedar tak sedar,kalian jua menginjak usia..Didoakan agar kalian sentiasa dirahmati dan diredhai Allah.



Kalau teringat mak dan ayah mesti rasa sayu kan,apatah lagi jika tinggal berjauhan.Memang ajaib perasaan yang dianugerahkan Allah kepada mak dan ayah ini, berlainan sekali dengan perasaan terhadap yang lain,mak dan ayah akan jadi keutamaan juga.semalam, sempat saya bersama keluarga menyambut ulangtahun kelahiran di rumah nenek. kebetulan nenek juga lahir pada bulan nov juga, jadi bersama nenek menyambutnya..Gembira nenek, pabila melihat cucu2 datang menziarahi.Disebabkan keuzuran maka nenek tidaklah secergas dulu. Nenek kena diawasi sentiasa kerana dah tak boleh banyak bergerak, begitu juga atok yang sangat sensitif dengan makanan..silap makan padah la jawabnya..tapi alhamdulillah atok masih kuat, masih boleh memandu kereta ke pekan seremban yang sangat sibuk bagi membeli keperluan harian..Sayang sangat pada atok dan nenek, teringat lagi sewaktu pendaftaran kemasukan pelajar baru ke UTM, atok nak ikut,excited jugak..tetapi disebabkan uzur maka tertunggak la keinginannnya..yang bestnya tentang atok, atok suke sangat menulis diari,menulis tentang event penting dan belanjawan harian..disamping itu, jika nak keluar memang pemakaian atok sangat kemas dan smart walaupun umur dah melebihi 80 tahun..Moga atok dan nenek sentiasa dalam lembayung kasih sayangnya..
p/s: gambar di atas adalah gambar atok dan nenek sewaktu raya baru nie.

Wednesday, October 28, 2009

Layakkah Kita Bergelar Saudara?

www.iluvislam.com
Mastura Mohd Yusuf
Editor: arisHa27

“Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring.
Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi. Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.

“Umi!!!” Khalid menjerit lagi.
Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata, terpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ.Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.

“Khalid.. Khalid anak umi…” Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya.
Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang.

“Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi...”

“Khalid... Mari cepat pergi masjid, sekejap lagi azan ni!” Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah.Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.“Umi, Khalid pergi dulu..” ucapnya seraya melangkah pergi.

“Abi, kenapa kita kena solat kat masjid? Umi tak pergi masjid pun abi...” Khalid bertanya.Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.

“Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat kat masjid. Umi tak apa solat kat rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul kat masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu,kita kuat kan sayang?”

Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.“Tapi abi....”

“Kenapa Khalid?”“Kenapa dulu masjid kosong je.. Sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?” Penuh ketulusan suara itu bertanya.

Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.

“Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?”

Khalid angguk.“Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat. Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni,bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia.”

“Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!” Khalid bersemangat.

“Ye sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan Agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah” Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil.

Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.
“Macam abang-abang?” Khalid bertanya lagi.Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!

“Abi.....”Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi. Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap,melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.

"Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini.."Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta.

* * *

Pom! Pom!Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid. Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta. Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada’ yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...

“Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Khalid meraung.

Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.“Abi... Kenapa tinggalkan Khalid...”

Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ.“Umi...” Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.

Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.“Ya sayang..” Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.

“Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?”Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan,melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.

“Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan..”“Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!” Nur Laili tersentak sekali lagi.

“Umi...” Perlahan, Khalid memanggil.“Ya sayang...”
“Adakah mereka mendoakan kita?”

“Siapa?”“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?” Nur Laili terdiam.

Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora. Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang?

“Umi...” Khalid memanggil lagi.“Ya...”

“Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?”

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?” Nur Laili diam.

“Umi..”

“Ya nak..”

“Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?” Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.

“Siapa?”

“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?” Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu.Mata Nur Laili mula digenangi air.

“Umi tidak tahu sayang...” Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara. Nur Laili berbicara dengan hatinya.

“Umi...”

“Ya sayang...”

Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya.

“Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?”

“Ya sayang..”

“Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?” Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa? Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas? Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini.

“Kenapa umi menangis?”

Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu.

“Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan,kan umi?”

Nur Laili angguk.Pom!

Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili. Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.

“Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid...”Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..

“Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!”

Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi,tepat menembusi kepala Khali.Khalid rebah di samping uminya.

“Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti...”

Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya.

tempe..tempe..tempe..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNYA..Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di blog ini. Hari ini dah masuk hari ke-3 peperiksaan bagi semua sahabat di bumi skudai ni, sudah dua paper juga ana laksanakan, pasrah kepada Ilahi, segala yang terbuku selama ini telah dimuntahkan ke dalam paper peperiksaan..

Teringat tentang tempe yang menjadi makanan ana di sini.Juga terkenal di sini kerana dikatakan berasal dari Jawa..ehm, pernah makan tempe? best juga sebenarnya. Ana jadi penggemar tempe apabila tiba di bumi Skudai nie. Dulu makan juga tapi biasa-biasa ja..Tetapi, sekarang gembira dan berbunga riang apabila nampak tempe.. Macam-macam jenis masakan yang dimasaknya tempe..





Tempe ni kalu tak salah ana dibuat dari kacang soya, ehm sebab tu warna dia putih.Banyak khasiat yang terdapat dalam tempe ni..Bagus sangat untuk kaum hawa dan kurang bagus untuk kaum adam.. Kalu makan tempe kita mudah kenyang, dan agak bertenaga jugak..Ini kerana tempe mengandungi protein yang tinggi..Bagus sangat bagi yang nak diet, suatu pemakanan yang sangat berkesan. ia bagus kerana boleh mengelakkan dari barah, kawal kolestrol, bantu sistem imun,pembentukkan vitamin..owh macam-macam lagi..Kalu nak tau boleh la cari kat tenet..



Ada juga kajian mengatakan tempe tak berapa baik untuk kaum Adam, disebabkan ia bleh mengurangkan kandungan sperma.Wallahualam.. Ana percaya kesemua ciptaan Allah pasti ada kebaikannya..


Thursday, August 27, 2009

Belasah ibu

Oleh Zarina Abdullah
am@hmetro.com. my

KUALA BERANG: Berang selepas isterinya dituduh mencuri dua gelang emas, seorang lelaki sanggup menderhaka kepada emak kandungnya sendiri apabila tergamak membelasah warga emas itu hingga patah tangan kanan dan bengkak seluruh badan.

Pada mulanya, suri rumah malang berusia 62 tahun itu memanggil menantunya selepas mendapati dua gelang emas yang disimpan dalam sebuah beg di ruang tamu rumahnya hilang pada 15 Ogos lalu.

Dia bertanyakan menantunya yang berusia 20-an itu sama ada ternampak gelang yang disimpan dalam beg, tetapi isteri anak lelakinya itu menafikan pernah melihatnya.

Mangsa yang resah dengan kehilangan itu kemudian bertanyakan hal sama kepada anak lelakinya, tetapi dia kerap kali mengelak apabila diajukan pertanyaan mengenai barang kemas berkenaan.

Bagaimanapun, pada jam 6 petang Selasa lalu, anak lelaki wanita itu yang tinggal kira-kira 100 meter dari rumahnya, datang berjumpa ibunya yang sedang mengikat sayuran seorang diri di depan rumah di Kampung Tengkawang, dekat sini.

Lelaki itu terus menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap ibunya yang didakwa menuduh isterinya mencuri dua gelang emas yang hilang.

Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mereka menyebabkan si ibu menuduh anaknya mencuri barang kemas itu dan bukan menantunya kerana perkara sama pernah berlaku di rumah itu sebelum ini.

Berang dengan tuduhan ibunya, lelaki itu mencapai sebuah basikal di halaman rumah berkenaan dan melontarnya ke dinding rumah sebelum menghilangkan diri.

Dia muncul semula 10 minit kemudian dengan membawa sebatang kayu dan terus menyerang ibunya dengan membelasah badan dan tangan kanan mangsa sebelum meninggalkan warga emas berkenaan kesakitan di halaman rumahnya.

Mangsa yang bengkak badan dan cedera di lengan kanan kemudian menemui seorang tukang urut untuk mengurut sebelum diberitahu lengannya patah berikutan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah, berkata berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang di sini, Sabtu lalu.

Mangsa dihantar untuk rawatan di Hospital Hulu Terengganu, disahkan patah tangan kanan berikutan kejadian itu.

Tengku Hamzah berkata, polis sedang memburu anak lelaki mangsa dan isterinya, masing-masing berusia 20-an yang menghilangkan diri selepas kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Friday, August 14, 2009

A message from the Vice-Chancellor


Assalamualaikum and Greetings,

UTM Ranked the Highest Among Malaysian Universities

MY HEARTIEST CONGRATULATIONS TO ALL THE STAFF AND STUDENTS OF UTM

I am pleased to announce that UTM has once again lived up to its mark of excellence after being ranked the highest among all Malaysian universities in the Web Ranking of World Universities. UTM has made us all proud after being ranked 642, leading all other Malaysian universities with USM trailing behind at 675, UniMAP at 745, UM at 878, UKM at 963 and UPM at 979. With this outstanding achievement, UTM is now the top ten in South East Asia and top 100 at 89th place in Asia in the Web Ranking of World Universities.
This remarkable success is the result of your strong commitment and relentless effort to aspire and achieve the best for the university. With your dedication, teamwork, hardwork and strong spirit of togetherness, you have proven that we can be the best if we put our hearts and mind to achieve our goals and aspiration. We have made it once again. My sincere appreciation and utmost gratitude to all of you. Together we can make a difference. WELL DONE!!!

Vice-Chancellor
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

selamat berkonvo


Baru semalam rasa berlalunya konvo, tapi kini menjelang lagi bagi sesi baru. Pejam celik-pejam celik dah satahun berlalu kenangan konvo.Kini generasi baru pula yang mengambil tempat tersebut. Mungkin inila saat yang ditunggu oleh para graduan untuk meluahkan segalanya setelah bermati-matian study untuk mendapat yang terbaik. Tapi adakah CGPA sudah mencukupi untuk mendepani kehidupan di luar sana. Mari renungkan bersama , Moga dapat ambil manfaat untuk ini. SELAMAT BERKONVO BUAT SEMUA SAHABAT ...Perjuangan ini belum berakhir dengan hanya segulung ijazah

Friday, July 24, 2009

say no 2 bonceng


Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) mengambil langkah proaktif bagi mencegah gejala sosial dikalangan mahasiswa dengan menubuhkan Badan Bertindak UTM Zon Larangan Bonceng.

Badan bertindak ini bertujuan membenteras gejala bonceng dikalangan siswa-siswi yang bukan mahram yang berleluasa sekarang.

Menurut Pengerusinya Ismail Bin Sirajudin, Badan bertindak ini akan mengumpulkan 10,000 tandatangan pelajar selain mendapatkan sokongan dari pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pensyarah-pensyarah, Pengetua-Pengetua Kolej, Dekan-dekan Fakulti, Pihak keselamatan, Pusat Islam UTM dan jika perlu akan dirujuk ke peringkat Mufti Johor bagi menjayakan penguatkuasaan ini.

Menurutnya lagi, gejala membonceng dengan bukan mahram ini memberi imej buruk kepada pelakunya sahaja malahan kepada masyarakat kampus keseluruhanya.

Kes gejala sosial agak meruncing di kampus ini sehingga menyebabkan kematian, merujuk kepada kematian seorang siswi baru-baru ini. MyLPM PMIUTM.

http://utmsayno2bonceng.blogspot.com

Saturday, June 27, 2009

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.



www.iluvislam.com
Zalikha
editOr : mawaryangtinggi

Bismillahirahmaniraheem..Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik

Monday, June 15, 2009

TRAITOR


Traitor, ataupun dalam bahasa melayunya Pengkhianat, adalah sebuah filem Hollywood yang saya kategorikan sebagai sebuah filem islamik. Mengapa? Adakah kerana ‘director’nya seorang muslim? Pelakon-pelakonnya terdiri daripada orang-orang islam?
Tidak.Selepas kejadian 11 September, islam mula dilabel sebagai agama yang menganjurkan keganasan, agama yang mengajak manusia berperang dan pelbagai lagi ! benda-benda yang tak dapat diterima akal manusia yang sihat. Dalam erti kata lain, jika anda pun tersenarai antara penyokong-penyokong slogan ‘Islam adalah terrorism’
- Stephen HawkingKebanyakan filem-filem Hollywood yang lahir selepas kejadian 11 September juga menganut fahaman seleweng Barat. Jika ada pun pendekatan untuk menunjukkan islam itu baik, maka cara mereka masih salah. Bayangkan sahaja, seorang perempuan islam yang memakai tudung, dibuatnya melakukan perbuatan zina (seks sebelum kahwin). Hal ini adalah perkara yang amat membimbangkan, dan ia berbahaya kepada umat-umat islam yang mempunyai fahaman agama yang cetek atau pun muslim hanya pada nama, ataupun berdasarkan keturunan semata-mata.
Filem Hollywood yang bertajuk Traitor ini, sedikit sebanyak , Islam diterangkan dengan jelas. Bukan setakat itu sahaja, filem ini juga mengajak penonton berfikir, dan membuka minda terhadap konflik nilai yang sedang melanda dunia.skrip yang menjelaskan islam dengan mudah, dan mungkin orang islam sendiri pun kebanyakannya masih tak tahu.-'' Would you describe him as a devout muslim?+ He is a muslim.. I don’t believe there is a sliding scale.Do you know what ‘islam’ means?- “Submission”.+ Yes, “Submission”.
Submission to God’s will is absolute.Skrip di atas sekaligus menjelaskan dalam dunia ini hanya ada muslim. Tidak ada istilah muslim radikal, muslim liberal dan sebagainya. , tengoklah movie Traitor ini.
link untuk download dengan menggunakan torrent

Sunday, June 14, 2009

Perginya seorang tokoh Islam


Syeikh Dr Fathi Yakan yang terkenal dengan buku maza ya'ni intiami lil Islam telah meninggal dunia di hospital di Lubnan ketika berumur 76 tahun di hospital otel deo pada 13 Jun , iaitu pada hari sabtu lalu.
Akbar Jazeera menyatakan:
Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik. Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu.

Sumber AFP pula menyatakan:

Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan.

Islamtoday telah menyatakan:
Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.

Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:
Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.

MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT TERHADAP ROHNYA..

Sunday, May 31, 2009

wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut :"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mangamalkan sepeluh perkara

"Pertama : Hak Kepada DiriIaitu: Mengurangkan tidur, menagurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.





Kedua : Hak Kepada Malaikat MautIaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

Ketiga : Hak Kepada KuburIaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat : Hak Kepada Mungkar dan NankirIaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

Kelima : Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

Keenam : Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka pada Hari Akhirat)Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

Kelapan : Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi SAWIaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.

Kesepuluh : Hak Kepada Allah SWTIaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukaai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Moga Diberkati Selalu


Mungkin masih belum terlambat untuk diucapkan, selamat hari lahir buat adik tersayang. tanggal 29 mei bersamaan dengan tarikh lahir seniman P.Ramlee. dah besar memanjang da...dah nak sama tinggi da..tapi kakak dia tinggi lagi..dan sekarang adik da berlepas ke tganu, sco0l holiday disana...harapan yang menggunung tinggi moga adik ini menjadi anak yang solehah n syg pd islam sepnh hati..



Gemini (22 Mei - 21 Jun)
Orang nya: kebanyakkan mereka ni spesis Gemok! egoistic, tak suka kalah.Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang..dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasan nya tapi mereka ni full of happening, so tak pernah rasa boring kalau keluar dgn mereka..

saja ana letakkan zodiak ni..tapi kalu tgok dengan ap yg dikatakan zodiak ni,serba bnyknya blh dtrima..gambar kat ats ni, masa hari lahir dia..time assembly..tleh dtgkp gmbrnya dr sumber yg halal..Indahkan bln Mei, ada hari buruh, hari guru, hari ibu,hari lahir dan yg plg indahnya adalh bln ramadhan..lagi bnyk pristiwa yg pntg dsitu..moga hati -hati ini sangat rindukannya..ya bkn senang u kecapi ramadhan.mana tahu kita tak sempat untuk ramadhan yg mndtg.

Monday, May 25, 2009

Hebat ...



Awan yang sangat mengasyikkan


moga adik ini menjadi pencinta ilahi sejati

bunga yang menyegarkan mata siapa yang memandangnya

Bermulanya episod baru kehidupan ,

belajar mengenal erti kehidupan....

mehnah & tribulasi kehidupan


cantikkan ciptaan DIA..sangat Hebat, terpegun saya bila lihat semua ni..
*kucing ni , peliharaan adik2 saya ...sume gambar ni dia yg tgkp...sgt la qiut

Saturday, May 23, 2009

Kuasa kini ditangan : Zambry tunggu apa lagi?

MB Perak yang diperbaharui semula oleh Mahkamah Rayuan petang semalam pastinya bersyukur kerana masih menjadi MB. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapatkan kerusi MB dengan hanya melalui mahkamah. Kebiasaannya, jawatan tersebut diperolehi dari mandat rakyat dan Zambry memperolehinya melalui mahkamah. Sememangnya wajar beliau bersyukur kerana sepanjang sejarah di negara ini, boleh dikira peristiwa sedemikian berlaku. Hanya yang bertuah sahaja yang boleh menikmatinya.

Tanpa perlu bubarkan Dun, tanpa melakukan undi tidak percaya Zambry mampu menjadi MB dengan ianya ` anggukkan kepala' 3 Adun lompat di dalam istana, maka hilanglah kerusi yang diduduki oleh Nizar. Sesungguhnya Dewan Undangan Negeri Perak seperti tidak lagi berfungsi untuk menentukan kuasa rakyat. Kita diminta untuk tidak mencemarkan istana mahupun mahkamah, tetapi tidak kepada dewan yang mulia itu. Apakah selepas ini dewan yang mulia itu hanya akan dijadikan tempat `bergurau senda' atau pun tempat untuk menunjukkan `seni silat'atau kung fu masing-masing? Saya tidak pasti apakah fungsi dewan tersebut selepas ini.

Sekiranya ditakdirkan berlaku lagi beberapa Adun yang `hilang' atau `ghaib' beberapa hari tanpa khabar berita, kemudian secara tiba-tiba muncul di depan istana menjerit memberitahu mereka telah hilang sokongan terhadap MB sekarang, apakah sekali lagi jawatan MB akan bertukar? Sehingga kini saya masih tidak mendapat jawapan mengapa begitu sukar untuk membuat pengakuan secara terbuka di dewan melalui undi tidak percaya kepada kerajaan yang memerintah. Mengapa harus hilang beberapa hari dengan berbagai alasan yang tidak munasabah, kemudian muncul di dalam istana untuk menyatakan sokongan? Bertambah pelik lagi, seorang Adun yang belum habis edahnya `bercerai' dengan Umno, tiba-tiba `rujuk' kembali kepada Umno dan istihar sokongannya kepada Umno/Bn di dalam istana? Persoalannya, mengapa tidak menghormati dewan yang mulia itu?

Sesungguhnya istana telah menggunakan kuasanya, begitu juga mahkamah turut menggunakan bidang kuasanya. Kita hormati kuasa yang dimiliki oleh kedua-dua institusi tersebut. Yang masih belum menggunakan kuasanya lagi adalah rakyat. Adakah rakyat berpeluang untuk menggunakan kuasanya? Apa yang saya faham, seorang diktator tidak akan memperdulikan hak dan kuasa rakyat. Tidak mungkin Zambry bersifat sedemikian kerana Zambry sudah pasti akan mematuhi arahan PMR (Perdana Menteri Rakyat) agar `Rakyat Diutamakan'. Jika demikian halnya, Zambry tunggu apa lagi, kuasa sudah dimiliki kini dan bergegaslah ke istana untuk memohon agar Dun Perak dibubarkan.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Monday, May 18, 2009

SELAMAT HARI GURU




TEMA HARI GURU 1987-2009

2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
Selamat hari guru buat semua guru-guru di dunia ini...jasa kalian sangat bermakna..terima kasih buat cikgu-cikgu yang pernah mengajar diri ini .buat sahabat-sahabat yang nak jadi cikgu da tak lama lagi, buat mak-mak,ayah-ayah, pakcik-pakcik,makcik-makcik,datuk-datuk , nenek-nenek...korang memang THE BEST......
...msti xsbr tgu smbtn hr gru kan, stnby la beg plastik bsau-bsau...nnti leh smpn hdiah dlm2 =)

si Comel





Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Friday, May 8, 2009

Bangun wahai MUSLIMAT!!

Terpanggil saya untuk berkongsi cerita bersama sahabat tentang seorang tokoh wanita yang amat saya kagumi. Kenalkah kalian Khaulah Al-Azwar. Bangga serta kagum bila mengetahui kisah wanita ini. Dia merupakan satu-satunya muslimat yang berani menyerang pihak musuh Rom dalam suatu peperangan.wanita yang handal bermain pedang, sekali ayunan mampu menewaskan 3 orang. Khaulah banyak menyertai peperangan dan pernah membebaskan tawanan wanita yang ditawan oleh tentera Rom di negara Syria.

Kisah ini berlaku sewaktu pertempuran antara tentera Rom dan tentera Islam. Ketika kedua-dua belah pihak sedang bertarung dengan hayunan pedang, hujan anak panah dan lontaran tombak yang tidak mengenal mangsa, tiba-tiba muncul seorang pejuang serba hitam di tengah-tengah medan pertempuran. "Dia bagaikan singa lapar yang menerkam kepada mangsanya, merobek tubuh musuh dengan tombak dan pedang memang menakutkan " kata komender walid. ketangkasannya dalam berperang amat mengkagumkan Khalid bin Al-Walid .
tindakannya menggerunkan, membuatkan tentera musuh ketakutan, masing-masing ingin menyelamatkan diri dari libasan pedang dan terjahan tombah pejuang misteri itu.beberapa tubuh tentera rom menyembah bumi apabila libasan pedang mengenai mereka.."Lindungi tentera-tentera kita daripada dibunuh oleh pejuang serba hitam itu!," teriak salah seorang panglima tentera Rom. Dia terkejut melihat semakin ramai pasukan tenteranya mati dibunuh oleh pejuang ituPanglima tentera Rom berasa bimbang dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh pejuang misteri itu. "Wahai tentera Islam, berjuanglah seperti pejuang serba hitam itu. Semangat wajanya harus dicontohi oleh kamu semua bagi mencapai kemenangan," jerit Komander Khalid bagi menaikkan semangat tentera Islam.

saki-baki tentera Rom resah melihat melihat bilangan mereka yang menyembah bumi, malah semangat tentera islam makin memuncak pabila melihat kehebatan pejuang misteri tersebut.Panglima-panglima tentera Rom mengarahkan pasukan mereka berundur segera supaya jumlah pasukan tentera Rom yang terkorban atau tertangkap dapat dikurangkan.
akhirnya tentera islam berjaya mengalahkan pihak musuh. Komander Khalid mendekatinya dengan harapan supaya pejuang misteri itu perkenalkan diri kepadanya. Namun, pejuang misteri hanya menundukkan kepalanya dan mendiamkan diri walaupun ditanya beberapa kali oleh Komander Khalid."Saya kagum melihat teknik kamu bermain pedang dan tombak semasa menghadapi pihak tentera Rom tadi. Mereka melarikan diri apabila pedang dan tombak kamu meragut nyawa seorang demi seorang tentera Rom," puji Komander Khalid supaya pejuang itu dapat memperkenalkan dirinya.

"Saya Khaulah binti Azwar. Saya mendapat berita abang kandung saya ditangkap oleh tentera Rom. Saya bergegas ke sini kerana mahu membebaskan abang kandung daripada tawanan tentera Rom. Saya berjuang di medan peperangan ini bagi menegakkan agama Allah," tiba-tiba pejuang misteri itu bersuara dan memperkenalkan dirinya kepada Komander Khalid."Saya menyangka kamu adalah seorang lelaki! Mata Khalid terbeliak besar apabila mengetahui pejuang misteri itu adalah wanita. Tetapi, semangat pahlawan kamu menyamai lelaki," kata Komander Khalid.

ketangkasannya menggemparkan angkatan tentera , dengan berpakaian hitam menyelubungi seluruh tubuhnya.Bukan sahaja bliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .
Keberanian khaulah lebih terserlah apabila, beliau dan beberapa muslimat lain ditawan dalam peperangan Sahura. walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri tetapi khaulah terus meniupkan semangat pada mujahidah lain agar terus bertahan. akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menentang pengawal-pengawal yang mengawal mereka. mereka rela mati syahid dari menjadi mangsa pada tentera Rom. berkat keyakinan kepada ALLAH,akhirnya mereka berjaya melepaskan diri.

Wednesday, May 6, 2009

Kedah Darul Aman


Hampir enam bulan tidak pulang ke kedah, oh rindunya Kedah. Kedah makin membangun sekarang, semuanya mengejar wawasan masing-masing. Gembira bila kini Kedah dipimpini oleh oleh ustaz Azizan. Teringat selalu kenangan di Kedah, Kedah memberi seribu kenangan buat diri ini. Rasa ingin sekarang juga pulang ke Kedah, ingin pulang kembali mengamit kenangan lampau. Dibesarkan dalam suasana kampung sangat best, walaupun tak lah dok kg sangat.
Masih kekal di ingatan semasa 6 / 7 tahun. Seusai mengaji quran bersama kakak dan rakan seperjuangan , menjadi suatu kemestian untuk bermain taglung tin. ketika itu, saya tinggal di perumahan teres ,yang di panggil ''taman Ria'', kami akan meronda sekeliling taman umpama badan pencegah maksiat melakukan operasi. bayangkan dalam 10 hinggan 15 kanak2 seusia denganku akan berkumpul dan membawa tanglung tersebut. wah , best sangat. Bila time orang kutip padi, lagi best, kami akan terjun ke bendang yang sudah kering kontang. Bermain macam di ladang gandum banyak lagi kalu nak diimbau, dan yang paling best dok kedah ni sebab barang dia murah-murah..Berbeza dengan tempat tinggal saya sekarang. Jadi bersyukurlah pada siapa yang masih tinggal di kedah. Tunggulah nanti akan ku jejak jua Negeri Kedah Jelapang Padi..


Tuesday, May 5, 2009


"takut telah meletihkan diriku,
hasrat telah membakar diriku,
cinta telah memperdayakanku,
tapi Allah telah menghidupkanku kembali..."
(imam al-ghazali)

Sunday, May 3, 2009

kehijauan pokok


Pokok memainkan peranan yang penting dalam membina kedamaian dalam diri seseorang. Bertambah gembira bila pokok yang kita tanam segar menghijau. Saya dibesarkan dalam suasana yang sangat indah iaitu lahir dengan rasa cinta dan suka pada pokok, sedikit sebanyak ia mempengaruhi hidup saya dengannya. Kata orang kalu nak mata segar dan sihat kena la selalu tengok pokok yang menghijau. Mak sangat suka menanam pokok.Memang rumah saya dan rumah nenek banyak dengan pokok, tambahan lagi memang tangan mak ni bila tanam pokok pasti kembang elok jadinya. Bunga ros ni salah satu buktinya, Ia hidup sejak saya belum lahir lagi didunia ni.Betapa lamanya pokok bunga ros ni bertahan.

Pokok oh pokok, cantik sungguh rupa bentuk mu, pokok yang subur kerna dijaga dengan baik dan rapi. Manusia pon sebegitu sebenarnya, bila diri ini, dibajai dengan pengisian yang sewajarnya ia juga akan hidup subur. pokok diberikan air, baja , cahaya dan tanah yang sesuai maka akan tumbuh segarlah ia, Allah tidak jadikan sesuatu itu tanpa maknanya. melalui pokokpon kita boleh sedar akan hebatnya Allah.


Jika pokok tak disiram, dibiarkan ia.maka akan layulah ia..Manusia juga begitu jika tidak diberi pengisian rohani makan akan pudarla ia dengan rasa kehambaan. untungnya pokok, ia selalu berzikir pada Penciptanya, ruginya manusia kerna selalu leka dengan permainan dunia. Ayuh kita segarkan diri ini moga menjadi subur bagaikan pokok dalam gambar ni





Hati Mukmin Pasti Menangis



oleh: ArWaEditor: deynarashid

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. "Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga."Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai. "Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu!
Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami." Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh." Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto. "Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung. "Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol. Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam. "Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih. "Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.


Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '.Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya...

adik oh adik

Adik yang ramai sangat membahagiakan sebenarnya. Pelbagai kerenah boleh kita hadapi. Teringat pada adik dirumah, bila saya nak balik je pasti diorang riang gembira dan bila saya nak pulang je pasti air mata menjadi peneman setia. Sayang pada mereka tapi kekadang geram pon ada,yelah degil juga boleh tahan. Tapi yang pasti mereka sangat menghormati diri ini yang lebih tua. adik bongsu saya merupakan adik yang paling rapat dengan saya,pasti ikut kesana-kemari bila ketemu.kini dah besar panjang adik-adik semua walaupun diri ini kekal remaja.kini telah menganjak usia adik, makin besar. dulu rasakan bagai baru dodoikan adik untuk tidurkan, tetapi kini adiku sendiri dah boleh diharap untuk lakukan kerja.sekejap betul adik membesar. kata-kata yang sering takkan dilupakan acapkali bercakap dengan adik bongsuku dalam telepon adalah "angah bila nak balik? bape hb? hari apa? lama tak lagi?" itu memang soklan kewajipan bagi adikku. oh adik... doaku semoga adik-adik ini menjadi anak yang sangat patuh padaNYA dan pada ibu bapa.rindu saat bersama walaupun tak selalu bersama.