Friday, May 8, 2009

Bangun wahai MUSLIMAT!!

Terpanggil saya untuk berkongsi cerita bersama sahabat tentang seorang tokoh wanita yang amat saya kagumi. Kenalkah kalian Khaulah Al-Azwar. Bangga serta kagum bila mengetahui kisah wanita ini. Dia merupakan satu-satunya muslimat yang berani menyerang pihak musuh Rom dalam suatu peperangan.wanita yang handal bermain pedang, sekali ayunan mampu menewaskan 3 orang. Khaulah banyak menyertai peperangan dan pernah membebaskan tawanan wanita yang ditawan oleh tentera Rom di negara Syria.

Kisah ini berlaku sewaktu pertempuran antara tentera Rom dan tentera Islam. Ketika kedua-dua belah pihak sedang bertarung dengan hayunan pedang, hujan anak panah dan lontaran tombak yang tidak mengenal mangsa, tiba-tiba muncul seorang pejuang serba hitam di tengah-tengah medan pertempuran. "Dia bagaikan singa lapar yang menerkam kepada mangsanya, merobek tubuh musuh dengan tombak dan pedang memang menakutkan " kata komender walid. ketangkasannya dalam berperang amat mengkagumkan Khalid bin Al-Walid .
tindakannya menggerunkan, membuatkan tentera musuh ketakutan, masing-masing ingin menyelamatkan diri dari libasan pedang dan terjahan tombah pejuang misteri itu.beberapa tubuh tentera rom menyembah bumi apabila libasan pedang mengenai mereka.."Lindungi tentera-tentera kita daripada dibunuh oleh pejuang serba hitam itu!," teriak salah seorang panglima tentera Rom. Dia terkejut melihat semakin ramai pasukan tenteranya mati dibunuh oleh pejuang ituPanglima tentera Rom berasa bimbang dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh pejuang misteri itu. "Wahai tentera Islam, berjuanglah seperti pejuang serba hitam itu. Semangat wajanya harus dicontohi oleh kamu semua bagi mencapai kemenangan," jerit Komander Khalid bagi menaikkan semangat tentera Islam.

saki-baki tentera Rom resah melihat melihat bilangan mereka yang menyembah bumi, malah semangat tentera islam makin memuncak pabila melihat kehebatan pejuang misteri tersebut.Panglima-panglima tentera Rom mengarahkan pasukan mereka berundur segera supaya jumlah pasukan tentera Rom yang terkorban atau tertangkap dapat dikurangkan.
akhirnya tentera islam berjaya mengalahkan pihak musuh. Komander Khalid mendekatinya dengan harapan supaya pejuang misteri itu perkenalkan diri kepadanya. Namun, pejuang misteri hanya menundukkan kepalanya dan mendiamkan diri walaupun ditanya beberapa kali oleh Komander Khalid."Saya kagum melihat teknik kamu bermain pedang dan tombak semasa menghadapi pihak tentera Rom tadi. Mereka melarikan diri apabila pedang dan tombak kamu meragut nyawa seorang demi seorang tentera Rom," puji Komander Khalid supaya pejuang itu dapat memperkenalkan dirinya.

"Saya Khaulah binti Azwar. Saya mendapat berita abang kandung saya ditangkap oleh tentera Rom. Saya bergegas ke sini kerana mahu membebaskan abang kandung daripada tawanan tentera Rom. Saya berjuang di medan peperangan ini bagi menegakkan agama Allah," tiba-tiba pejuang misteri itu bersuara dan memperkenalkan dirinya kepada Komander Khalid."Saya menyangka kamu adalah seorang lelaki! Mata Khalid terbeliak besar apabila mengetahui pejuang misteri itu adalah wanita. Tetapi, semangat pahlawan kamu menyamai lelaki," kata Komander Khalid.

ketangkasannya menggemparkan angkatan tentera , dengan berpakaian hitam menyelubungi seluruh tubuhnya.Bukan sahaja bliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .
Keberanian khaulah lebih terserlah apabila, beliau dan beberapa muslimat lain ditawan dalam peperangan Sahura. walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri tetapi khaulah terus meniupkan semangat pada mujahidah lain agar terus bertahan. akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menentang pengawal-pengawal yang mengawal mereka. mereka rela mati syahid dari menjadi mangsa pada tentera Rom. berkat keyakinan kepada ALLAH,akhirnya mereka berjaya melepaskan diri.

No comments:

Post a Comment