Sunday, May 31, 2009

wasiat Imam Syafie

Sebelum Imam Shafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut :"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mangamalkan sepeluh perkara

"Pertama : Hak Kepada DiriIaitu: Mengurangkan tidur, menagurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.





Kedua : Hak Kepada Malaikat MautIaitu: Mengqadakan kewajiapan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

Ketiga : Hak Kepada KuburIaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Keempat : Hak Kepada Mungkar dan NankirIaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

Kelima : Hak Kepada Mizan (Neraca Timbangan Amal Pada Hari Kiamat)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

Keenam : Hak Kepada Sirat (Titian Yang Merentangi Neraka pada Hari Akhirat)Iaitu : membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Ketujuh : Hak Kepada Malik (Penjaga Neraka)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu, bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

Kelapan : Hak Kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)Iaitu : Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat daripada melakukan maksiat.

Kesembilan : Hak Kepada Nabi SAWIaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredaan Allah.

Kesepuluh : Hak Kepada Allah SWTIaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukaai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Moga Diberkati Selalu


Mungkin masih belum terlambat untuk diucapkan, selamat hari lahir buat adik tersayang. tanggal 29 mei bersamaan dengan tarikh lahir seniman P.Ramlee. dah besar memanjang da...dah nak sama tinggi da..tapi kakak dia tinggi lagi..dan sekarang adik da berlepas ke tganu, sco0l holiday disana...harapan yang menggunung tinggi moga adik ini menjadi anak yang solehah n syg pd islam sepnh hati..



Gemini (22 Mei - 21 Jun)
Orang nya: kebanyakkan mereka ni spesis Gemok! egoistic, tak suka kalah.Kalau ada debate, jgn harap anda nak menang..dalam apa2 persoalan jua mereka ada aje alasan nya tapi mereka ni full of happening, so tak pernah rasa boring kalau keluar dgn mereka..

saja ana letakkan zodiak ni..tapi kalu tgok dengan ap yg dikatakan zodiak ni,serba bnyknya blh dtrima..gambar kat ats ni, masa hari lahir dia..time assembly..tleh dtgkp gmbrnya dr sumber yg halal..Indahkan bln Mei, ada hari buruh, hari guru, hari ibu,hari lahir dan yg plg indahnya adalh bln ramadhan..lagi bnyk pristiwa yg pntg dsitu..moga hati -hati ini sangat rindukannya..ya bkn senang u kecapi ramadhan.mana tahu kita tak sempat untuk ramadhan yg mndtg.

Monday, May 25, 2009

Hebat ...



Awan yang sangat mengasyikkan


moga adik ini menjadi pencinta ilahi sejati

bunga yang menyegarkan mata siapa yang memandangnya

Bermulanya episod baru kehidupan ,

belajar mengenal erti kehidupan....

mehnah & tribulasi kehidupan


cantikkan ciptaan DIA..sangat Hebat, terpegun saya bila lihat semua ni..
*kucing ni , peliharaan adik2 saya ...sume gambar ni dia yg tgkp...sgt la qiut

Saturday, May 23, 2009

Kuasa kini ditangan : Zambry tunggu apa lagi?

MB Perak yang diperbaharui semula oleh Mahkamah Rayuan petang semalam pastinya bersyukur kerana masih menjadi MB. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapatkan kerusi MB dengan hanya melalui mahkamah. Kebiasaannya, jawatan tersebut diperolehi dari mandat rakyat dan Zambry memperolehinya melalui mahkamah. Sememangnya wajar beliau bersyukur kerana sepanjang sejarah di negara ini, boleh dikira peristiwa sedemikian berlaku. Hanya yang bertuah sahaja yang boleh menikmatinya.

Tanpa perlu bubarkan Dun, tanpa melakukan undi tidak percaya Zambry mampu menjadi MB dengan ianya ` anggukkan kepala' 3 Adun lompat di dalam istana, maka hilanglah kerusi yang diduduki oleh Nizar. Sesungguhnya Dewan Undangan Negeri Perak seperti tidak lagi berfungsi untuk menentukan kuasa rakyat. Kita diminta untuk tidak mencemarkan istana mahupun mahkamah, tetapi tidak kepada dewan yang mulia itu. Apakah selepas ini dewan yang mulia itu hanya akan dijadikan tempat `bergurau senda' atau pun tempat untuk menunjukkan `seni silat'atau kung fu masing-masing? Saya tidak pasti apakah fungsi dewan tersebut selepas ini.

Sekiranya ditakdirkan berlaku lagi beberapa Adun yang `hilang' atau `ghaib' beberapa hari tanpa khabar berita, kemudian secara tiba-tiba muncul di depan istana menjerit memberitahu mereka telah hilang sokongan terhadap MB sekarang, apakah sekali lagi jawatan MB akan bertukar? Sehingga kini saya masih tidak mendapat jawapan mengapa begitu sukar untuk membuat pengakuan secara terbuka di dewan melalui undi tidak percaya kepada kerajaan yang memerintah. Mengapa harus hilang beberapa hari dengan berbagai alasan yang tidak munasabah, kemudian muncul di dalam istana untuk menyatakan sokongan? Bertambah pelik lagi, seorang Adun yang belum habis edahnya `bercerai' dengan Umno, tiba-tiba `rujuk' kembali kepada Umno dan istihar sokongannya kepada Umno/Bn di dalam istana? Persoalannya, mengapa tidak menghormati dewan yang mulia itu?

Sesungguhnya istana telah menggunakan kuasanya, begitu juga mahkamah turut menggunakan bidang kuasanya. Kita hormati kuasa yang dimiliki oleh kedua-dua institusi tersebut. Yang masih belum menggunakan kuasanya lagi adalah rakyat. Adakah rakyat berpeluang untuk menggunakan kuasanya? Apa yang saya faham, seorang diktator tidak akan memperdulikan hak dan kuasa rakyat. Tidak mungkin Zambry bersifat sedemikian kerana Zambry sudah pasti akan mematuhi arahan PMR (Perdana Menteri Rakyat) agar `Rakyat Diutamakan'. Jika demikian halnya, Zambry tunggu apa lagi, kuasa sudah dimiliki kini dan bergegaslah ke istana untuk memohon agar Dun Perak dibubarkan.

WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com

Monday, May 18, 2009

SELAMAT HARI GURU




TEMA HARI GURU 1987-2009

2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
Selamat hari guru buat semua guru-guru di dunia ini...jasa kalian sangat bermakna..terima kasih buat cikgu-cikgu yang pernah mengajar diri ini .buat sahabat-sahabat yang nak jadi cikgu da tak lama lagi, buat mak-mak,ayah-ayah, pakcik-pakcik,makcik-makcik,datuk-datuk , nenek-nenek...korang memang THE BEST......
...msti xsbr tgu smbtn hr gru kan, stnby la beg plastik bsau-bsau...nnti leh smpn hdiah dlm2 =)

si Comel





Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Friday, May 8, 2009

Bangun wahai MUSLIMAT!!

Terpanggil saya untuk berkongsi cerita bersama sahabat tentang seorang tokoh wanita yang amat saya kagumi. Kenalkah kalian Khaulah Al-Azwar. Bangga serta kagum bila mengetahui kisah wanita ini. Dia merupakan satu-satunya muslimat yang berani menyerang pihak musuh Rom dalam suatu peperangan.wanita yang handal bermain pedang, sekali ayunan mampu menewaskan 3 orang. Khaulah banyak menyertai peperangan dan pernah membebaskan tawanan wanita yang ditawan oleh tentera Rom di negara Syria.

Kisah ini berlaku sewaktu pertempuran antara tentera Rom dan tentera Islam. Ketika kedua-dua belah pihak sedang bertarung dengan hayunan pedang, hujan anak panah dan lontaran tombak yang tidak mengenal mangsa, tiba-tiba muncul seorang pejuang serba hitam di tengah-tengah medan pertempuran. "Dia bagaikan singa lapar yang menerkam kepada mangsanya, merobek tubuh musuh dengan tombak dan pedang memang menakutkan " kata komender walid. ketangkasannya dalam berperang amat mengkagumkan Khalid bin Al-Walid .
tindakannya menggerunkan, membuatkan tentera musuh ketakutan, masing-masing ingin menyelamatkan diri dari libasan pedang dan terjahan tombah pejuang misteri itu.beberapa tubuh tentera rom menyembah bumi apabila libasan pedang mengenai mereka.."Lindungi tentera-tentera kita daripada dibunuh oleh pejuang serba hitam itu!," teriak salah seorang panglima tentera Rom. Dia terkejut melihat semakin ramai pasukan tenteranya mati dibunuh oleh pejuang ituPanglima tentera Rom berasa bimbang dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh pejuang misteri itu. "Wahai tentera Islam, berjuanglah seperti pejuang serba hitam itu. Semangat wajanya harus dicontohi oleh kamu semua bagi mencapai kemenangan," jerit Komander Khalid bagi menaikkan semangat tentera Islam.

saki-baki tentera Rom resah melihat melihat bilangan mereka yang menyembah bumi, malah semangat tentera islam makin memuncak pabila melihat kehebatan pejuang misteri tersebut.Panglima-panglima tentera Rom mengarahkan pasukan mereka berundur segera supaya jumlah pasukan tentera Rom yang terkorban atau tertangkap dapat dikurangkan.
akhirnya tentera islam berjaya mengalahkan pihak musuh. Komander Khalid mendekatinya dengan harapan supaya pejuang misteri itu perkenalkan diri kepadanya. Namun, pejuang misteri hanya menundukkan kepalanya dan mendiamkan diri walaupun ditanya beberapa kali oleh Komander Khalid."Saya kagum melihat teknik kamu bermain pedang dan tombak semasa menghadapi pihak tentera Rom tadi. Mereka melarikan diri apabila pedang dan tombak kamu meragut nyawa seorang demi seorang tentera Rom," puji Komander Khalid supaya pejuang itu dapat memperkenalkan dirinya.

"Saya Khaulah binti Azwar. Saya mendapat berita abang kandung saya ditangkap oleh tentera Rom. Saya bergegas ke sini kerana mahu membebaskan abang kandung daripada tawanan tentera Rom. Saya berjuang di medan peperangan ini bagi menegakkan agama Allah," tiba-tiba pejuang misteri itu bersuara dan memperkenalkan dirinya kepada Komander Khalid."Saya menyangka kamu adalah seorang lelaki! Mata Khalid terbeliak besar apabila mengetahui pejuang misteri itu adalah wanita. Tetapi, semangat pahlawan kamu menyamai lelaki," kata Komander Khalid.

ketangkasannya menggemparkan angkatan tentera , dengan berpakaian hitam menyelubungi seluruh tubuhnya.Bukan sahaja bliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .
Keberanian khaulah lebih terserlah apabila, beliau dan beberapa muslimat lain ditawan dalam peperangan Sahura. walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri tetapi khaulah terus meniupkan semangat pada mujahidah lain agar terus bertahan. akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menentang pengawal-pengawal yang mengawal mereka. mereka rela mati syahid dari menjadi mangsa pada tentera Rom. berkat keyakinan kepada ALLAH,akhirnya mereka berjaya melepaskan diri.

Wednesday, May 6, 2009

Kedah Darul Aman


Hampir enam bulan tidak pulang ke kedah, oh rindunya Kedah. Kedah makin membangun sekarang, semuanya mengejar wawasan masing-masing. Gembira bila kini Kedah dipimpini oleh oleh ustaz Azizan. Teringat selalu kenangan di Kedah, Kedah memberi seribu kenangan buat diri ini. Rasa ingin sekarang juga pulang ke Kedah, ingin pulang kembali mengamit kenangan lampau. Dibesarkan dalam suasana kampung sangat best, walaupun tak lah dok kg sangat.
Masih kekal di ingatan semasa 6 / 7 tahun. Seusai mengaji quran bersama kakak dan rakan seperjuangan , menjadi suatu kemestian untuk bermain taglung tin. ketika itu, saya tinggal di perumahan teres ,yang di panggil ''taman Ria'', kami akan meronda sekeliling taman umpama badan pencegah maksiat melakukan operasi. bayangkan dalam 10 hinggan 15 kanak2 seusia denganku akan berkumpul dan membawa tanglung tersebut. wah , best sangat. Bila time orang kutip padi, lagi best, kami akan terjun ke bendang yang sudah kering kontang. Bermain macam di ladang gandum banyak lagi kalu nak diimbau, dan yang paling best dok kedah ni sebab barang dia murah-murah..Berbeza dengan tempat tinggal saya sekarang. Jadi bersyukurlah pada siapa yang masih tinggal di kedah. Tunggulah nanti akan ku jejak jua Negeri Kedah Jelapang Padi..


Tuesday, May 5, 2009


"takut telah meletihkan diriku,
hasrat telah membakar diriku,
cinta telah memperdayakanku,
tapi Allah telah menghidupkanku kembali..."
(imam al-ghazali)

Sunday, May 3, 2009

kehijauan pokok


Pokok memainkan peranan yang penting dalam membina kedamaian dalam diri seseorang. Bertambah gembira bila pokok yang kita tanam segar menghijau. Saya dibesarkan dalam suasana yang sangat indah iaitu lahir dengan rasa cinta dan suka pada pokok, sedikit sebanyak ia mempengaruhi hidup saya dengannya. Kata orang kalu nak mata segar dan sihat kena la selalu tengok pokok yang menghijau. Mak sangat suka menanam pokok.Memang rumah saya dan rumah nenek banyak dengan pokok, tambahan lagi memang tangan mak ni bila tanam pokok pasti kembang elok jadinya. Bunga ros ni salah satu buktinya, Ia hidup sejak saya belum lahir lagi didunia ni.Betapa lamanya pokok bunga ros ni bertahan.

Pokok oh pokok, cantik sungguh rupa bentuk mu, pokok yang subur kerna dijaga dengan baik dan rapi. Manusia pon sebegitu sebenarnya, bila diri ini, dibajai dengan pengisian yang sewajarnya ia juga akan hidup subur. pokok diberikan air, baja , cahaya dan tanah yang sesuai maka akan tumbuh segarlah ia, Allah tidak jadikan sesuatu itu tanpa maknanya. melalui pokokpon kita boleh sedar akan hebatnya Allah.


Jika pokok tak disiram, dibiarkan ia.maka akan layulah ia..Manusia juga begitu jika tidak diberi pengisian rohani makan akan pudarla ia dengan rasa kehambaan. untungnya pokok, ia selalu berzikir pada Penciptanya, ruginya manusia kerna selalu leka dengan permainan dunia. Ayuh kita segarkan diri ini moga menjadi subur bagaikan pokok dalam gambar ni





Hati Mukmin Pasti Menangis



oleh: ArWaEditor: deynarashid

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. "Hai... hentikan suara jelekmu! Hentikan... !" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata.Namun apa yang terjadi? Laki-laki dikamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz... InsyaALlah tempatmu di Syurga."Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai. "Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu!
Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami." Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh... aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, Allah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh." Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto. "Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung. "Ah... seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol. Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka gelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib. Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa... .? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi... "Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi... Abi... Abi... " Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam. "Hai... siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi... " jawabnya memohon belas kasih. "Hah... siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah... " dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba, Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak... ! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'... Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka. Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi... Abi... Abi... "Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat. Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha... " Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu... " Terdengar suara Roberto meminta belas. Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.


Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah... '.Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini. Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya...

adik oh adik

Adik yang ramai sangat membahagiakan sebenarnya. Pelbagai kerenah boleh kita hadapi. Teringat pada adik dirumah, bila saya nak balik je pasti diorang riang gembira dan bila saya nak pulang je pasti air mata menjadi peneman setia. Sayang pada mereka tapi kekadang geram pon ada,yelah degil juga boleh tahan. Tapi yang pasti mereka sangat menghormati diri ini yang lebih tua. adik bongsu saya merupakan adik yang paling rapat dengan saya,pasti ikut kesana-kemari bila ketemu.kini dah besar panjang adik-adik semua walaupun diri ini kekal remaja.kini telah menganjak usia adik, makin besar. dulu rasakan bagai baru dodoikan adik untuk tidurkan, tetapi kini adiku sendiri dah boleh diharap untuk lakukan kerja.sekejap betul adik membesar. kata-kata yang sering takkan dilupakan acapkali bercakap dengan adik bongsuku dalam telepon adalah "angah bila nak balik? bape hb? hari apa? lama tak lagi?" itu memang soklan kewajipan bagi adikku. oh adik... doaku semoga adik-adik ini menjadi anak yang sangat patuh padaNYA dan pada ibu bapa.rindu saat bersama walaupun tak selalu bersama.