Wednesday, May 6, 2009

Kedah Darul Aman


Hampir enam bulan tidak pulang ke kedah, oh rindunya Kedah. Kedah makin membangun sekarang, semuanya mengejar wawasan masing-masing. Gembira bila kini Kedah dipimpini oleh oleh ustaz Azizan. Teringat selalu kenangan di Kedah, Kedah memberi seribu kenangan buat diri ini. Rasa ingin sekarang juga pulang ke Kedah, ingin pulang kembali mengamit kenangan lampau. Dibesarkan dalam suasana kampung sangat best, walaupun tak lah dok kg sangat.
Masih kekal di ingatan semasa 6 / 7 tahun. Seusai mengaji quran bersama kakak dan rakan seperjuangan , menjadi suatu kemestian untuk bermain taglung tin. ketika itu, saya tinggal di perumahan teres ,yang di panggil ''taman Ria'', kami akan meronda sekeliling taman umpama badan pencegah maksiat melakukan operasi. bayangkan dalam 10 hinggan 15 kanak2 seusia denganku akan berkumpul dan membawa tanglung tersebut. wah , best sangat. Bila time orang kutip padi, lagi best, kami akan terjun ke bendang yang sudah kering kontang. Bermain macam di ladang gandum banyak lagi kalu nak diimbau, dan yang paling best dok kedah ni sebab barang dia murah-murah..Berbeza dengan tempat tinggal saya sekarang. Jadi bersyukurlah pada siapa yang masih tinggal di kedah. Tunggulah nanti akan ku jejak jua Negeri Kedah Jelapang Padi..


5 comments:

  1. Assalamualaikum W.B.T

    KelakaQ juga dengaQ cghita oghang kedah.
    Bestla duk kampung. Saya sebaliknya yg tinggal di Kuala Lumpur jauh daripada suasana kampung.

    Keep on writing.

    ReplyDelete
  2. yaka dok kl,mcm xcaya lak..haha..kampung memang best.rugi la sapa yang terlepas dari khdpn kg.

    ReplyDelete
  3. rasa tak adil jika kedah sja yg best..mintak puji ka pa..
    Nnt ada masa sy pun nak citer ttg tmpat tinggal saya di KL kat setapak

    ReplyDelete
  4. kedah memang best.baca entri saudari yang nih..teringat pula kenangn 14 tahun dulu.
    Kodiang..Changlun...macam mana agaknya rupa tempat tu sekarang ya?

    ReplyDelete
  5. oh kodiang..wah mas dok kdh gak ka..bgs2..lps ni leh la kt wat prgrm ziarah tmpt tggl kkt dulu2 gak...mas jd pgrh eh =)

    ReplyDelete