Saturday, June 27, 2009

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.



www.iluvislam.com
Zalikha
editOr : mawaryangtinggi

Bismillahirahmaniraheem..Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik

Monday, June 15, 2009

TRAITOR


Traitor, ataupun dalam bahasa melayunya Pengkhianat, adalah sebuah filem Hollywood yang saya kategorikan sebagai sebuah filem islamik. Mengapa? Adakah kerana ‘director’nya seorang muslim? Pelakon-pelakonnya terdiri daripada orang-orang islam?
Tidak.Selepas kejadian 11 September, islam mula dilabel sebagai agama yang menganjurkan keganasan, agama yang mengajak manusia berperang dan pelbagai lagi ! benda-benda yang tak dapat diterima akal manusia yang sihat. Dalam erti kata lain, jika anda pun tersenarai antara penyokong-penyokong slogan ‘Islam adalah terrorism’
- Stephen HawkingKebanyakan filem-filem Hollywood yang lahir selepas kejadian 11 September juga menganut fahaman seleweng Barat. Jika ada pun pendekatan untuk menunjukkan islam itu baik, maka cara mereka masih salah. Bayangkan sahaja, seorang perempuan islam yang memakai tudung, dibuatnya melakukan perbuatan zina (seks sebelum kahwin). Hal ini adalah perkara yang amat membimbangkan, dan ia berbahaya kepada umat-umat islam yang mempunyai fahaman agama yang cetek atau pun muslim hanya pada nama, ataupun berdasarkan keturunan semata-mata.
Filem Hollywood yang bertajuk Traitor ini, sedikit sebanyak , Islam diterangkan dengan jelas. Bukan setakat itu sahaja, filem ini juga mengajak penonton berfikir, dan membuka minda terhadap konflik nilai yang sedang melanda dunia.skrip yang menjelaskan islam dengan mudah, dan mungkin orang islam sendiri pun kebanyakannya masih tak tahu.-'' Would you describe him as a devout muslim?+ He is a muslim.. I don’t believe there is a sliding scale.Do you know what ‘islam’ means?- “Submission”.+ Yes, “Submission”.
Submission to God’s will is absolute.Skrip di atas sekaligus menjelaskan dalam dunia ini hanya ada muslim. Tidak ada istilah muslim radikal, muslim liberal dan sebagainya. , tengoklah movie Traitor ini.
link untuk download dengan menggunakan torrent

Sunday, June 14, 2009

Perginya seorang tokoh Islam


Syeikh Dr Fathi Yakan yang terkenal dengan buku maza ya'ni intiami lil Islam telah meninggal dunia di hospital di Lubnan ketika berumur 76 tahun di hospital otel deo pada 13 Jun , iaitu pada hari sabtu lalu.
Akbar Jazeera menyatakan:
Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik. Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik. Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu.

Sumber AFP pula menyatakan:

Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan.

Islamtoday telah menyatakan:
Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.

Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:
Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.

Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.

MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT TERHADAP ROHNYA..